Salam buat semua,
ada perkara perlu dikongsi..
pada 5 feb 2010 lepas ayah tersayang kembali ke Rahmatullah..
agak mengejutkan sebab ayah tidak sakit terlantar dan semuanya berlaku tanpa dijangka. dah sampai masa, ajal maut di tangan Allah, sakit adalah sebab musababnya.
seminggu sebelum tu, sempat balik berjumpa ayah, hanya sekejap..satu malam..tak disangka itu pertemuan terakhir.
dapat telefon dari kakak, sebelum tu dah selalu hubungi kakak ingin bertanya khabar tapi kebetulan tak dapat. mlm ahad, kakak telefon semula, katanya ayah tak sihat..banyak perkara ayah lupa dah ada perkataan yang ayah tak dapat sebut. dalam hati terdetik bimbang jika ayah ditimpa stroke sebab ayah memang ada darah tinggi sebelum ni.
bila dengar cerita kakak, terus menangis teringatkan ayah, hubby bertanya..kenapa menangis? ayah tak sihat..jom kita balik tgk ayah..cadang suami
terkejut dengan cadangan suami sebab hanya tinggal sehari saja cuti,
esok kan hari ahad, lusa dah kerja.
tak apa, lusa ambil cuti.. terima kasih buat suami kerana memberi peluang berjumpa ayah.
esoknya kami sekeluarga pulang ke kampung, mlm baru sampai, sempat singgah di kedai AM Tarbush, beli nasi arab utk ayah sekali.
terkejut mak dan ayah kami sampai mlm itu, kenapa balik? nak tengok ayah, dengar ayah tak sihat.
mlm tu, sempat menemani ayah makan. selera ayah dah hilang masa tu. pagi esoknya kami sekeluarga dah bersiap utk balik ke seremban.
minggu depannya dapat panggilan dan sms dari kakak , ayah meninggalkan kami semua..Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raaji'un. Ayah pergi malam Jumaat. Ayah nak ke bilik air, jatuh dan terus meninggal.
selepas dapat berita, kami bersiap untuk balik, di pertengahan jalan, mama ubah fikiran utk ambil tiket flight sebab jenazah akan dkebumikan jam 10 pagi. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. nasib baik no tel MAS tersimpan dalam telefon. tiket flight ada walaupun dah last minute.
sampai di rumah sewaktu jenazah sedang dimandikan. dapat melihat jenazah dikapankan dan sempat memberi ciuman terakhir buat ayah tersayang.. Alfatihah
dua minggu kemudian..mlm khamis, mimpikan arwah ayah. mlm tu, pesan pada anak2 bila tengok mereka mengaji al-Quran, jangan lupa sedekahkan untuk arwah ayah. mlm tu mimpikan arwah, arwah memberi salam, tak lama beliau pergi, tapi terasa begitu dekat bila tgk dua kali kelibat wajah arwah dalam mimpi. hanya sekali tu sahaja mimpikan arwah ayah tapi Alhamdulillah, terubat rindu di hati.
moral - sentiasa minta petunjuk Allah, sentiasa berfikir supaya tidak tersilap membuat apa2 keputusan, buat keputusan sebaik mungkin supaya tidak banyak perkara yang kita sesali.
* simpan no telefon yg penting utk rujukan semasa kita dalam kecemasan.
22 Mac 2010
hari ni ditimpa demam (Isnin), ingatkan demam biasa sebab mlm sebelum tu kena hujan. 3 hari demam, rabu masih tak larat tetapi demam dah reda, selepas makan ubat dan tidur tengahari, badan dah mula rasa ok. mlm tu ke klinik, kata doktor, demam awak dah ok, jadi saya tak check darah.
jumaat - masih letih tapi demam dah pulih. kwn2 ada yg minta check darah. tak sedap hati bila kawan - kawan berpesan begitu. sabtu ptg, nampak mcm ruam di lengan. bagitau suami, rasa nak pergi check darah lah. jom pergi malam ni.. ujar suami. mlm tu juga selepas maghrib terus ke klinik dahulu. jika nak keputusan darah on the spot, sebaiknya ke Colombia atau KPJ.. saran doktor.
terus ke KPJ, kata doktor..ini tanda2 denggi, masuk wad mlm ni ya..
(dalam hati agak tidak percaya diserang denggi sbb kesan gigitan nyamukpun tak ada - ada perkara di luar jangkaan kita)
terus buat urusan masuk wad, check darah dan terus masuk air.. urusan berjalan cepat, lega kerana terus mendapat rawatan segera.
bila dapat keputusan darah, sah denggi. platelet darah tak sampai 30, dah dimakan kuman denggi, sel darah putih dan sel darah beku tinggal sedikit.
4 mlm di KPJ, beransur sihat, jumaat - platelet darah naik 240.. Alhamdulillah.
moral - ada perkara di luar jangkaan kita, tindakan dan rawatan segera sgt perlu terutama bila melibatkan sakit-sakit yang merbahaya dan boleh membawa maut.
* ambil berat dengan pesanan dan nasihat kawan-kawan kerana nasihat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yg sebahagiannya di luar pengetahuan kita.
* jangan anggap mudah sebahagian perkara kerana banyak perkara berlaku di luar jangkaan, jangan menyesal kerana kita tersilap membuat tindakan/keputusan terutama apabila melibatkan kesihatan keluarga dan anak-anak.
* jangan amalkan sikap bertangguh terutama bila anak-anak @ suami/isteri/ahli keluarga sakit, usahakan sesegera mungkin kerana ada perkara dapat diselamatkan jika kita membuat rawatan segera.
pernah ditipu? atau tertipu?
pengalaman mama:
1. tak pernah terkena, sekali terkena...ada hikmahnya
terima email palsu dr bank
satu pagi, cdg nak bayar bil secara online melalui cimb click. terima email..acount closed...terkejut juga. cepat2 buka...ishhh bodoh betul rasa
buka link cimb palsu, ingatkan betul coz sebijik sama dgn website cimb click, selamat laaa duit dlm akaun, dipindah ke akaun lain..
duit dlm akaun ada rm300+.
sekitar jam 9.00 terima panggilan dr staf cimb, rupanya kena tipu.
akhir cerita, cimb ganti balik duit. Alhamdulillah masih ada rezeki.
moral cerita - setiap kejadian ada hikmahnya, Allah maha kaya..kdg2 kita rugi hari ini supaya kita lebih berhati-hati utk tidak rugi pada masa depan.
2. mama selalu terima panggilan dr org yg bertanya ttg kad kredit. kita tahu dia nak tipu kita. Masalahnya yg telefon orang melayu Islam.
dalam hati terdetik..tergamak mereka mencari rezeki dgn cara menipu.
pernah dulu pergi ke bank, seorang pakcik mengadu kad kredit diceroboh, kesian pak cik tu, nak mengumpul duit.
3. mama pernah beli satu produk. asalnya ok dan berkesan coz dibeli dr pengedar utama. beli kali kedua di tempat lain... macam x da kesan je.
dalam hati terfikir, mungkin tiruan. tak sangka barang semurah rm23 pun ada tiruan. mungkin ada kilang yang mengeluarkan produk tiruan dgn menggunakan jenama2 yg dikenali. penat org lain sewa iklan dan sebagainya, diorg mengambil kesempatan menumpang nama dgn menipu orang ramai.
moral : bila tiada iman, tiada rasa perikemanusiaan, hidup dgn rezeki yang tidak halal
4. ada yang bertanya mama, adakah barangan dalam blog mama original.
ya..100% original & authentic.
mama peminat barangan original dan akan menjual yang original sahaja.
cuma pesanan utk seller, jika anda menjual barangan immitation, jujurlah. di sana masih ramai peminat barangan immi. tiada keberkatan jika kita menipu pelanggan sbb doa orang teraniaya dimakbul Allah tanpa hijab (halangan).
rezeki yang diperoleh dgn cara menipu akan hilang dalam bentuk bala seperti kemalangan, kehilangan org yang dikasihi, anak2 tidak berjaya dsb. jika tidak ada balapun, itu adalah ujian Allah, ibarat Firaun yg byk berdosa tetapi diberi umur yang panjang. hidup berterusan dalam dosa.
pesanan bagi pembeli online, dalam keghairahan membeli online..berhati-hatilah.
5. Setiap hari kita mendengar kejadian kemalangan jalan raya...kebanyakannya akibat kecuaian mereka yang tidak bertanggungjawab. jadi bila memandu ..
JANGAN LUPA BACA DOA SAFAR
Mudahan kita sentiasa dilindungi dari bencana. coz kebanyakan kemalangan bukan dr kecuaian kita tetapi kecuaian orang lain. dan JANGAN PANDU LAJU
sebab banyak benda kita dapat elakkan bila kita tidak memandu terlalu laju.
utk valued customer, ada pengalaman yang boleh dikongsi? jom ehhhh, boleh kongsi dlm reader comment
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
polo ralph lauren
michael kors handbags
michael jordan shoes
yeezy shoes
supreme clothing
lebron 16
kyrie shoes
nike air force
jordan 13
coach outlet
other www.dolabuy.su like this dolabuy replica straight from the source replica ysl bags
Post a Comment